Home » About ME

About ME

Semua orang mempunyai sejarah mereka sendiri. Masing-masing berhak untuk mencoretkan bagaimana rupa sejarah mereka. Apa yang paling penting adalah, kita tahu apa yang kita buat sekarang akan menjadi satu sejarah yang berguna pada masa depan. Saya akui yang saya tidak minat subjek ini semasa di sekolah dulu. Sebabnya subjek tersebut memerlukan hafalan kepada nama-nama sultan dan juga peristiwa-peristiwa penting. Pada masa itu saya lebih suka pada subjek matematik kerana ianya suatu yang menyeronokan.

Semasa kecil. Saya bukanlah berasal dari keluarga senang dan berada. Sekadar orang kampung yang tidak banyak mengetahui tentang dunia luar sebab semasa kecil saya memang terperuk sahaja di kampung. Sekali-sekala saya akan ke Kuala Lumpur bersama ibunda(sudah kembali ke rahmatullah) untuk menjenguk kakak di sana. Punyalah happy tak terkira tat kala mak mengajak ke KL. Perkara yang paling mengujakan saya semasa dalam perjalanan ke sana ketika itu adalah Lapangan Terbang Lama Sungai Besi. Selama 5 jam saya tak akan tidur di dalam bas semata-mata kerana takut terlepas melihat lapangan terbang tersebut.

Semasa di kampung, aktiviti saya selepas balik dari sekolah rendah adalah ke kebun kelapa/pisang bapa (juga sudah kembali ke rahmatullah). Bila melihat ada anak pokok pisang yang tumbuh di sebelah pokok pisang yang besar, saya akan mencabutnya dan menanam ditempat lain. Saya lebih suka menanam pisang ‘Berangan’ sebab harganya yang mahal iaitu 60sen sekilo. Bagi pisang ‘Nipah’ pula harganya 30sen sekilo, pisang ni memang sangat sedap kalau digoreng. Pisang yang paling murah sekali ialah pisang ‘Nangka’ yang mana harganya tak sampai pun 20sen. Untuk menjual pisang-pisang ini, saya kena membawa kereta sorong sejauh setengah kilometer ke kedai pemborong. Di samping pisang, bapa juga banyak menanam pokok kelapa. Kelapa-kelapa ini akan saya kumpulkan dan bila sudah banyak..akan dikopek dan dijual dengan harga 15sen ke 25sen sebiji, ikut gred. Biasanya yang 25sen tu gred A…isinya tebal dan besar. Sekarang saya tak banyak jumpa kelapa gred ini lagi.  Hasil-hasil jualan inilah yang membesarkan kami 8 beradik. Saya lalui semua ini sehinggalah ke sekolah menengah.

Mula sambung belajar di sebuah kolej di Kelana Jaya, saya tak dapat ke kebun lagi. Sedih jugak sebab tiba-tiba duduk bandar, suasana lain dan kebanyakan pelajar juga merupakan orang bandar. Di sini saya menyambung matrikulasi sains selama setahun. Hampir kesemua rakan-rakan saya adalah dari MRSM yang mana semuanya hebat-hebat belaka…kalau nak dibandingkan, saya ni dok rendah kat tanah, dorang ni tinggi kat langit nuu… Malu ada, segan pun banyak..hish..macam manalah boleh tercampak kat sini. Saya berjaya tamatkan pengajian di sini selama 1 tahun disebabkan result yang agak baik. Sepatutnya kena habiskan 2 tahun.

Saya sambung pelajaran ke UPM selepas itu dalam Kejuruteraan Aero Angkasa, 1996. Kami adalah batch pertama program tersebut. Keadaan memang sukar kerana pihak universiti tidak mempunyai peralatan dan pensyarah yang cukup. Pensyarah kami terdiri dari fellow engineer dari India, antaranya Dr.Wassay, Dr, Raj Arora, Prof. Waqar dan ramai lagi. Nak fahamkan inglish dorang pun ambil masa 1 bulan sebab slang mereka yg berbelit.

PALAPES (Pasukan Latihan Pegawai Simpanan) atau ROTU(Reserved Officer Training Unit) merupakan suatu yang saya minati semasa belajar di sana. Saya menghabiskan masa selama 3 tahun dan berjaya dianugerahkan oleh DYMM Selangor pada 1999 sebagai Leftenan Muda Ismail Said…nombor badan 7510387. Di bawah ni gambar akhir pentauliahan kami di Dewan Censelor, UM. Yang berbentuk perisai itu adalah piala pusingan yang kami menangi sebagai pasukan kawad terbaik. Kami berjaya mengalahkan 9 IPTA lain ketika itu. Memang bangga sangat ketika tu, kami hadiahkan perisai tersebut kepada markas PALAPES UPM dan sebagai tanda peninggalan kami intake ke-18 di sana.

5768_1173819435739_1535640986_444611_2700693_n

To be continued…

bisness cards 1 copy