Equipment
Peralatan-peralatan yang digunakan semasa aktiviti-aktiviti fotografi.
Ini adalah Wide lense Tokina 11-16mm, 2.8. Lense yang digunakan untuk foto-foto lanscape. Saya banyak menggunakan lense ini ketika majlis nikah, bersanding dan juga outdoor. Bukaan aperture yang luas iaitu f2.8 amat sesuai pada keadaan pencahayaan yang kurang.
Ini adalah AF Zoom-Nikkor 80-200mm f/2.8D ED. Lense tele ini saya gunakan untuk tujuan candid dan potrait. Bukaan aperture yang besar juga sangat sesuai semasa keadaan pencahayaan yang kurang. Pada kebanyakan masa, saya akan menggunakan 2 badan kamera di mana salah satu akan dikenakan dengan lens wide dan satu lagi lens ini.
Lens AF Nikkor 50mm f/1.8D ini merupakan lens yang semestinya dimiliki oleh semua jurugambar. Dengan saiznya yang kecil dan bukaan aperture yg luas, ia sesuai digunakan pada kebanyakan ketika.
Lens AF-S DX Zoom-Nikkor 18-70mm f/3.5-4.5G IF-ED adalah lens yang didatangkan terus bersama badan kamera. Dengan reputasi yang sangat baik, lens ini sangat sesuai digunakan pada semua keadaan. Ianya mempunyai bukaan zoom yang luas dan juga mampumenghasilkan gambar potrait dengan baik.
Ini pula adalah Pocket Wizard PlusII, Transreceiver. PWPlusII ini merupakan alatan radio trigger yang terbaik di pasaran. Fungsinya yang mampu menyalakan flash pada jarak maksimum 1600 kaki sememangnya akan banyak membantu jurugambar menghasilkan gambar-gambar yang lebih dramatik. Setakat ini 3 unit PW PlusII sudah cukup membantu saya dalam segala aktiviti fotografi. Selain radio trigger, kamera biasa juga mempunyai infra red sebagai optical trigger bagi menyalakan flash pada jarak yang dekat. Kebiasaannya gangguan sangatlah banyak semasa tugasan foto dilakukan seperti terdapat dinding atau abjek2 menghalang. Inilah kelemahan optical trigger yang berada di pasaran kerana ia memerlukan ‘line of sight’ untuk berinteraksi.

Flash SB800 x 2 unit, SB600 x 1 unit memadai untuk majlis-majlis keraian dan juga event. SB800 menyediakan pilihan yang banyak seperti CLS,Master dan juga slave(SU4). Berbanding dengan SB600, SB800 sememangnya lebih baik dari semua segi. Sekarang unit ini tiada di pasaran lagi, ianya telah digantikan dengan SB900 yang lebih berkuasa.

Salah satu light modifier, Beauty Dish. Ini bukanlah BD yang diperbuat daripada metal. Ia diperbuat daripada plastic vynil putih. Ia sememangnya melakukan tugas BD, apa yang berbeza adalah ianya boleh ditanggalkan supaya mudah dibawa, ringan dan sesuai digunakan bersama speed light biasa. Anda boleh melihat bagaimana alat ini digunakan di dalam web foto di bawah. Setakat ini, BD tidak mengecewakan saya. Saiznya yang lebih kecil dari umbrella reflector menyebabkan saya lebih selalu menggunakan BD.





