Aerial

Gambar aerial pada ketinggian 1500 kaki. Penggunaan peralatan aerial fotografi.

Aktiviti CTRM

Memuatkan activiti di Composite Technology Research Malaysia. Aktiviti pembuatan komposit boat, radome dan lain-lain lagi.

General

Berkenaan apa-apa sahaja, pasal kehidupan, fotografi, pembinaan bahan komposit, pelajaran, pengajaran dan apa-apa sahaja.

Perkahwinan

Memori perkahwinan dari majlis nikah, bersanding dan outdoor. Berkonsep tradisional dan kandid.

Photoshops & Outing

Perbincangan photoshop. Aktiviti outing, klas dan info-info berkenaan penambahbaikan dalam fotografi.

Home » Photoshops & Outing

Mini White Studio

Submitted by Mail on Wednesday, 7 July 2010No Comment

Dalam kerancakan rakan2 yang lain membuat stock photo, aku telah mencuba membuat sebuah mini studio putih bagi tujuan yang sama. Mulanya banyak idea yang masuk dalam kepala macamana nak hasilkan studio yang simple dan juga portable aka mudah alih. So, buat masa sekarang studio ni saja yang aku mampu buat.

b DSC_4864

Bekas putih tersebut merupakan plastik container “TOYOGO” yang korang boleh dapatkan dikedai2 2 hinggit (baru beli tadi). Set-up lighting pulak kiri(500w), kanan(500w) dan belakang(sb800). Pencahayaan tak semestinya menggunakan studio light, lampu tido dan kalimantang pun boleh. Lebih baik gunakan lighting yang korang ada, tak perlu studio light yang mahal2.  Tanpa menggunakan bowl reflector, cahaya menjadi pecah dan tidak tertumpu pada subjek, maka lebih baik jika pasangkan bowl reflector pada kedua2 lighting di atas.

Di bawah adalah untuk hasil set-up di atas. Tambahan set-up adalah bowl reflector di pasang pada lampu sebelah kanan dan softbox pada lampu di kiri. Memang jelas kelihatan burn pada bahagian kanan tin, memang disebabkan lighting yang agak kuat kerana hanya menggunakan bowl reflector. Hasil yang lebih baik mungkin boleh diperolehi dengan menjarakan lagi lampu di kanan dengan subjek.

Ini adalah percubaan pertama dengan objek yang tidak mencabar. Bayangkan jika objek digantikan dengan barangan metallic yang biasanya membalikan cahaya. Only practice + knowledge make perfect.

b DSC_4872a

Selain dari mini studio menggunakan bekas plastik lutsinar ni, korang boleh cuba menggunakan kotak kertas yang mana kosnya pun lebih murah. Dinding kotak kiri dan kanan perlu ditebuk (buat mcm tingkap besar) bagi membenarkan cahaya masuk. Bahagian atas pun boleh ditebuk bagi memudahkan korang shoot dari atas. Cerita banyak pun tak best, tapi bila siap kotak tu nanti,  kita boleh tengok sama2 macam mana hasilnya.

Another shots using black background paper.

b DSC_4973a

Leave your response!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.