Aerial

Gambar aerial pada ketinggian 1500 kaki. Penggunaan peralatan aerial fotografi.

Aktiviti CTRM

Memuatkan activiti di Composite Technology Research Malaysia. Aktiviti pembuatan komposit boat, radome dan lain-lain lagi.

General

Berkenaan apa-apa sahaja, pasal kehidupan, fotografi, pembinaan bahan komposit, pelajaran, pengajaran dan apa-apa sahaja.

Perkahwinan

Memori perkahwinan dari majlis nikah, bersanding dan outdoor. Berkonsep tradisional dan kandid.

Photoshops & Outing

Perbincangan photoshop. Aktiviti outing, klas dan info-info berkenaan penambahbaikan dalam fotografi.

Home » General

Hari Keluarga Baitul A’Rash Day 2

Submitted by Mail on Monday, 7 June 20102 Comments

Hari kedua merupakan main event yang dinanti-nantikan oleh semua ahli keluarga. Melihat kepada jadual yang diatur dari pukul 7:45 pagi hingga 11 malam, kesemua ahli keluarga pasti akan kepenatan. Tetapi dengan pengisian waktu yang teratur dan aktiviti yang menyeronokan, tiada satupun di kalangan ahli yang mengadu penat, sakit dan lain2 lagi.

Sebelum game bermula, kenalah sarapan dulu. Makanan pun memang tak pedas…sesuai dengan aktiviti yang akan dilakukan selepas makan.

b DSC_4011

Jumlah permainan adalah sebanyak 12 jenis termasuk kanak-kanak. Ahli keluarga dibahagikan kepada 4 kumpulan. Ia dimulakan dengan permainan ‘Sungai Beracun’. Dengan berbekalkan 3 keping kayu selebar 2″, mereka perlu merentas jarak 50m tanpa menyentuh tanah. Tak ingat kumpulan mana yang menang. Insiden kacau mengacau antara peserta dan penonton juga turut memeriahkan permainan, akibatnya penonton diberikan amaran. Walaupun begitu, insiden berterusan sehinggalah permainan ke 12.

b DSC_4024

b DSC_4027

b DSC_4031

Permainan diselang-seli dengan permainan untuk kanak-kanak. Permainan pertama memerlukan mereka berlumba untuk memilih 3 biji buah-buahan tempatan. Ada juga yang mengambil lobak merah dan oren sebagai buah tempatan, anak sapa lah tu ek….

b DSC_4037

b DSC_4040

Norsuhada dan Noor Syazwani sejurus sebelum game ‘Tressure Hunt’.

b DSC_4051a

Mereka ni pulak tak puas-puas mandi kat kolam dan pantai. Maklumlah bila mak bapak dah penat, dorang amiklah kesempatan buat projek sendiri.

b DSC_4054

Kali ni keseluruhan aktiviti akan direkodkan dalam bentuk foto dan juga video. Tapi, takde videoman sepenuh masa kat sini…semua main hentam jer….Takpa kita tengok nanti hasilnya.

b DSC_4059

Sebelum Tressure Hunt bermula….Ini antara pakcik dan anak buah.

b DSC_4061

Ini pulak antara menantu dan bapak mentua.

b DSC_4063

Pak Ngah mengenakan serban palestin…takbirr!

b DSC_4065

Ni antara menantu dan juga menantu…. Sebenarnya mereka sudah tersalah faham membaca soalan. Entah macam mana, Pak Anjang (baju biru) yang tengah tidur di tingkat 3 dikejutkan oleh peserta, kemudian di bawa hingga ke bawah. Hmm, mereka memang NKB (nasib kurang baik) masa tu…mereka tersingkir pada soalan seterusnya.

b DSC_4068

Yang ni pun tersingkir jugak.

b DSC_4070

Ni pasangan makcik dan anak buah. Mereka sampai dulu pada check point terakhir. Namun pencarian yang tidak menghasilkan apa-apa tu menyebabkan mereka kalah dan menduduki tempat kedua.

b DSC_4091

Pasangan Pak Ngah dan Nazar memenangi Tressure Hunt kali ini.  Tahniah !!!

b DSC_4097

Aktiviti malam diserikan dengan majlis makan malam yang hebat.

b DSC_1009

b DSC_1044b DSC_1061

b DSC_1134

b DSC_1165

b DSC_1230

b DSC_1373

b DSC_1397a

b DSC_1488

b DSC_1506a

2 Comments »

  • Mail (author) said:

    Demam…penat dan banyak kijer….hu hu

  • aja@waniey said:

    smpi dmm kameraman BA ni..huhuhu..sian abg mail…dun forget mkn ubat tau..kak ada jaga abg mail yer.. :-)

Leave your response!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.