Hari Keluarga Baitul A’Rash
A’Rash merupakan gabungan nama Aliyah dan Rashid iaitu nama nenek dan datuk . Atas kerjasama anak2 beliau maka tertubuhlah BA. Ianya merupakan hari keluarga yang kedua dan pihak di Melaka menjadi tuan rumah. Berikut merupakan gambar-gambar yang diambil semasa event terbabit.
Hari pertama merupakan hari pendaftaran. Bacaan do’a serta tahlil ringkas dilakukan pada waktu malam. Ramai yang letih dan mengantuk kerana mereka melalui perjalanan yang jauh serta kesibukan lebuh raya pada Jumaat petang.
Selepas selesai bacaan tahlil, kesemua ketua keluarga duduk di barisan hadapan serta memberikan nasihat berguna kepada anak cucu. Hmm…nampaknya orang dari Kuantan tak dapat nak menahan ngantukkk… So…….
…kami lakukan aktiviti simple tapi sure takkan ngantuk. Actually, aku terus tak leh tidor sampai kul 3am. Di bawah ini..Ecah(dari Kedah) menjawab beberapa soalan ujian ingatan yang diilhamkan oleh Yazid…
Ini pun salah satu game jugak….semua ahli BA di dalam satu bulatan.
Ni namanya ketawa sampai tak nampak mak mentua lalu kat belakang…..






Leave your response!