Photoshop Class and Outing April 2010
Uarghhh….penat sikit yer hari ni. Walaupun penat tapi seronak bila dapat bersama-sama rakan seperjuangan melakukan aktiviti outing bersama. Yang paling penting dapat mempelajari editing dan photoshop workflow yang lebih berkesan. Mungkin ramai diluar sana yang mempelajari teknik photoshop melalui internet sahaja. Namun, kefahaman dan keberkesanan yang sebenar adalah melalui klas2 yang diajar oleh mereka2 yang punya ilmu. Hmm, punya ILMU sahaja, tak perlu handal dan terer untuk mengajar. Sebabnya, kita perlu ada sifat ‘ingin menyampaikan’ = tabligh.
Sebanyak 3 olahan gambar di lakukan sepanjang hari ni. Masa memang tak cukup untuk lakukan olahan yang paling best. Hmm…kalau nak buat dan dapat result yang perfect…kenalah buat latih tubi selalu macam budak tingkatan 5 buat latih tubi matematik tu.
Bagi saudara Jantan yang merupakan orang paling otai kat dalam klas ni….photoshop merupakan suatu yang kronik baginya..he he. Maklumlah dah biasa guna Photo Impact, nak berpindah kepada photoshop memang suatu yang menyusahkan. Buat permulaan memang lah susah…tapi bila dah biasa nanti..mesti photoshop selalu….
Segala-gala cukup dalam klas ni…kecuali ada satu yang lebih…iaitu MAKAN! Siap ada sorang makcik tiba-tiba lalu kat depan klas kitaorang sambil sedekahkan beberapa bungkus kuih ‘SERABAI’. Hmm…sedap gak. Memang perut kena isi sebab petang plak nak outing bersama kuda-kuda jinak di Pantai Klebang Melaka.
Olahan gambar yang mungkin menjadi…
Antara hasil yang agak menjadi dan tak pada akhir sesi outdoor di Pantai Klebang Melaka. Berebut guna CLS….setting flash pada SU4, so, ramai ler yang shoot sampai flash tak sempat recycle. Korang belilah flash gun banyak2, biar lebih dari 2, baru best main lighting.









Leave your response!